lain-lain...
Caj Bayaran Lewat: Faedah tambahan terhadap pembayaran lewat faedah dan/atau ansuran akan
dikenakan pada kadar 1% setahun atas dasar baki harian atau pada sebarang kadar yang boleh ditentukan
oleh Bank dari semasa ke semasa, dengan memberikan notis terdahulu 21 hari kalendar kepada anda dan
akan dikenakan pada hari berikutnya selepas tarikh kena dibayar.
Hak untuk menjelaskan: Keberhutangan anda kepada Bank di dalam ini yang termasuk keberhutangan
masa kini dan masa hadapan yang mungkin ditanggung oleh anda pada bila-bila masa atau dari semasa ke
semasa sama ada sebagai peminjam dan/atau penjamin dan/atau penyedia cagaran hendaklah dijamin oleh
cagaran yang diwujudkan di dalam ini atau dari semasa ke semasa oleh anda memihak kepada Bank. Tanpa
menjejaskan perkara yang disebut sebelum ini, dengan ini selanjutnya diperuntukkan di dalam ini bahawa
Bank berhak menahan, menggabungkan atau menyatukan semua atau mana-mana akaun sedia ada
Penanggung Obligasi (sama ada akaun semasa, deposit, pinjaman atau apa jua jenisnya dan sama ada dalam
Ringgit atau sebarang mata wang lain) di mana jua letaknya ("Akaun") dan menolak atau memindahkan
sebarang baki yang tersedia atau sebarang jumlah kredit dalam mana-mana satu atau lebih daripada satu
Akaun tersebut untuk atau bagi tujuan menjelaskan sebarang keberhutangan Penanggung Obligasi setelah
Bank memberikan notis terdahulu selama tujuh (7) hari kalendar kepada Penanggung Obligasi. Sementara
menunggu Bank melaksanakan tolakan tersebut, Bank berhak menahan dan atau menggantung pembayaran
apa-apa wang daripada baki kredit dalam Akaun.
Bagaimana sekiranya saya menyelesaikan pinjaman saya sebelum tamat tempoh pinjaman?
Sebarang pembayaran untuk menyelesaikan akaun pinjaman anda sebelum tamat tempoh pinjaman tidak
akan dikenakan yuran penyelesaian awal.
Adakah saya memerlukan penjamin atau cagaran?
Penjamin tidak diperlukan. Sijil ASB anda akan disimpan oleh pihak Bank sepanjang tempoh pinjaman
sebagai cagaran
Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat sebarang pertukaran mengenai maklumat peribadi
saya?
Sila maklumkan pihak Bank tentang sebarang perubahan mengenai maklumat peribadi anda bagi
memastikan segala maklumat dari pihak Bank diterima oleh anda tepat pada masanya.